Tuesday, April 18, 2017

VIVIX... dan Kelebihannya..


APA ITU VIVIX?

Vivix adalah sejenis cecair pekat berwarna merah seperti sirap yang terhasil daripada kandungan anggur muskadim dan tumbuh-tumbuhan lain.

Di dalam Vivix terdapat ramuan yang dipanggil resveratrol yang bersifat anti oksida, anti inflamasi dan anti kanser.





SIAPA YANG MEMERLUKAN VIVIX?

Vivix juga adalah suplement yang sesuai untuk :

* Penghidap kanser
* Diabetes/kencing manis
* Masalah Buah Pinggang
* Strok,darah tinggi & pesakit jantung
* Bell palsy
* Slip Disc
* Gout
* Perokok tegar (yang ingin berhenti merokok)
* Mereka yang berisiko penyakit kanser akibat keturunan
* Anti Penuaan & Awet muda Bertenaga
* Kesuburan / ikhtiar hamil
* Kanser Payudara / Tumor
* Fibroadonema
* Mempunyai masalah mata
* Cyst, fibriod, pcos
* Bermasalah nyanyuk,
* Pesakit SLE LUPUS
* Pesakit Telesemia
* Jangkitan Kuman / Masalah Paru-paru
* Monopouse / endropouse
* Luka pembedahan / bersalin cesarean
* Alzheimer
* Mereka yang ingin tiada penyakit tetapi ingin mencegah atau mengurangkan risiko penyakit

TESTIMONI Pengguna VIVIX...








Nak tahu details pasal vivix ni.. boleh PM atau Wassap direct dekat hakak ok..  011-15718586

Apa Kelebihan Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee?



Lama dah rasa x mencoret kat sini.. bukan apa.. bz sangat.. hakak nak share skit entry penting ni.. benda apa la sebenarnya ESP Shaklee ni.. makanan ka? Penyakit ka? Minuman ka?

Ha.. mai sini hakak nak story skit amende la ESP ni.. apa kelebihan dia.. kalau x crita xtau kan..



Ha nin dia ESP Shaklee ..

ESP = Energizing Soy Protein + Soy Protein Isolated Powder
(amende ni.. sama ja sbenarnya ketiga2 ni)

ESP Shaklee adalah serbuk protein yang berasaskan soya. Protein pula adalah bahan utama dalam pembentukan organ dan tisu dalam badan serta komponen yang penting untuk hormon manusia.

Cara nak consume dia senang ja..kena bancuh atau shake ja utk jadikan minuman
  

Cara bancuhannya:

1) Campurkan 2 scoop serbuk ESP Shaklee ke dalam minuman kegemaran korang
2) Lepas tu, goncang-goncang dan minum

**Terpulangla kat hampa.. kalau nak sedap lg pelbagaikanla minuman tu.. contohnya campur susu Ducth lady ka.. Perghh terbaik baq hang.. memang sodap la..
** Jangan bancuh ngn ayaq panas lak tau.. guna ayaq sejuk atau suam-suam ja ok..



ni penting tau...

Kalau tak cukup protein apa akan berlaku?




  • rasa lemah, lesu, tak bermaya..akhirnya menggeletar.
  • kolesterol tinggi, tekanan darah rendah..jadi pening.
  • punca ulser perut + ulser usus.
  • luka lambat sembuh akhirnya berparut.
  • ganggu penglihatan / lama kelamaan jadi kabur.
  • antibodi tak kuat. Bila kurang protein, badan tak boleh nak lawan penyakit yang datang. Kurang ketahanan.


SIAPA YANG PERLUKAN ESP SHAKLEE? 
  • Untuk wanita yang ingin pregnant atau plan untuk pregnant : ESP pulihara dan pelihara rahim kita.
  • Untuk wanita yang sedang pregnant macam saya sekarang : ESP kuatkan rahim kita dan bantu pembentukan otot bayi. Protein kan bagus untuk tumbesaran.
  • Untuk wanita yang menyusu anak bertuah dan anak kesayangan : ESP bantu banyakkan pengeluaran susu. Bila kita cukup protein, means kita cukup tenaga. Susu pun berkhasiat.
  • Untuk sesiapa yang nak stabilkan hormon : ESP mengandungi kacang soya, yang kaya dengan isoflavon, ia bantu memulihkan hormon wanita. Keluarkan darah kotor dan gantikan protein yang diperlukan.
  • Untuk sesiapa yang mahu kurus : ESP buat kita rasa kenyang. Nafsu nak makan sokmo pun kurang.
  • Untuk sesiapa yang ingin kekal sihat : ESP beri ketahanan badan dan pelengkap nutrient dalam badan kita. Bila semuanya cukup, haruslah boleh lawan penyakit yang datang, insyaAllah.
  • Untuk sesiapa yang nak cantik : ESP buat kulit kita anjal, jadi gebu dan lebih cerah. Nampak berseri gitu. Bila dah cantik, tak perlu la nak tepek makeup tebal-tebal kan. Natural Beauty you!
  • Untuk sesiapa yang bercadang untuk puasa : ESP bekalkan tenaga, jadi walaupun puasa kita tak rasa lemah. Laar dan dahaga tu biasa la, itu dugaan tuhan bagi sebagai ujian.


KEBAIKAN DAN KELEBIHAN ESP SHAKLEE

  • Dilengkapi dengan unsur kalsium untuk elakkan kerapuhan tulang kerana serbuk soya yang bersifat keasidan.
  • Membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam
  • Memberi rasa kenyang bagi individu yang dalam proses mengurangkan berat badan
  • Membantu menjadikan kulit lebih berseri dan menganjalkan kulit/awet muda kerana protein penting untuk kulit.
  • Meransang regenerasi kulit dan otot, mengurangkan kedutan,
  • Memberi ton warna kulit yang sekata
  • Membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka halus-mulus, gebu
  • Protein yang lengkap (mengandungi 9 asid amino yang penting untuk fungsi badan)
  • Diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral
  • Rendah lemak, tanpa kolestrol
  • Diproses pada kadar suhu rendah dan menjaga kualiti protin yang tinggi
  • 1tin 850g dihasilkan dari 30kg kcg soya
  • Diproses menggunakan air bukannya alkohol untuk memelihara kandungan isoflavone
  • Protein soya(tumbuhan )lebih mudah dihadam berbanding protein haiwan
  • Membantu mengurangkan risiko kanser.
  • Bertindak sebagai antioksidan.
  • Menguatkan sistem imun tubuh.
  • Mempertingkatkan tahap kolestol baik.
  • Memelihara kesihatan jantung
  • Membaiki pigmentasi – membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, pigmentasi, kedutan dan kesan tua
  • Membaiki memori – meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan
  • Pembekal tenaga – membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, insomnia dan tekanan
  • Baik untuk hormon – kacang soya kaya dgn isoflavones.
  • Membantu merendahkan paras kolestrol.
  • Mencegah osteoporosis
  • Membantu pembentukan sel-sel baru.
  • Membantu menyembuhkan gastrik.
  • Memberi kekenyangan, sesuai untuk diet menguruskan badan.
  • Mempercepatkan pemulihan luka selepas pembedahan.
  • Memudarkan parut
  • Membantu pembinaan tubuh kanak-kanak
  • Kecantikan kulit dan rambut

Mai dekat2 cuba try nih.. ada ja set combo.. ni akak share..



Dah panjang lebaq dah akak story.. kalau sapa berminat blh wassap kat akak no..




Sunday, August 4, 2013

Muhasabah Sejenak

Kita perlu SENTIASA SEDAR bahawa kita sedang diperhatikan oleh Allah.

SENTIASA INGAT bahawa kita sedang diperhatikan oleh Allah.

Jangan lupa, leka, lalai bahawa kita sedang diperhatikan oleh Allah.

Ini adalah antara cara asas untuk mendapat kekuatan iman.
Ini juga antara cara agar lebih khusyuk dalam ibadah.
Ini juga antara cara agar dapat hindari maksiat.

LATIHlah hati supaya selalu berkata , “Aku sedang diperhatikan oleh Allah”.

“Aku sedang diperhatikan oleh Allah”.
“Aku sedang diperhatikan oleh Allah”.
“Aku sedang diperhatikan oleh Allah”.


Iman paling afdhal ialah apabila kamu mengetahui bahwa Allah selalu menyertaimu di mana pun kamu berada. (HR Ath-Thobari)

Tuesday, July 30, 2013

Kisah Benar:Lelaki Belikan Daging Babi Untuk Ibu Berbuka Puasa

Tak mampu saya  nak tahan air mata ketika mendengar kisah benar yang diceitakan oleh seorang ustaz dalam tazkirahnya di sebuah masjid dalam kawasan Jengka baru baru ini.Sekitar awal 90an,seorang pemuda 30an menjerit jerit seorang diri di rumahnya  tiap kali sampai waktu maghrib terutamanya di bulan Ramadhan,dia meraung setiap hari bagaikan orang diserang histeria.Jirannya membawa lelaki itu bertemu dengan ustaz tadi  yang ketika itu bertugas sebagai  pensyarah UiTM Kuantan untuk diubati.

Pemuda melayu itu kemudiannya menceritakan satu peristiwa menyayat hati.Ceritanya beberapa tahun sebelum itu dia tinggal dengan ibunya.Dia seorang yang nakal dan liar.Tidak mengerjakan solat dan berpuasa.Suatu hari ibunya meminta dia belikan lauk untuk berbuka puasa,lelaki itu sedang tidur.Dia tak mahu pergi ke pasar.Berulang kali disuruh sang ibu,dia tetap berdegil.Hingga akhirnya dengan perasaan marah kepada siibu yang terus memaksa,dia terus ke pasar dengan hati yang tidak ikhlas,dibelinya daging untuk ibunya memasak.Si ibu gembira, berselera dia berbuka puasa hari itu.

Pemuda berhenti bercerita kepada  ustaz.Tiba tiba dia menangis lagi.Meraung bagaikan dirasuk syaitan.Dalam sedu tangisnya dia bertanya ,"Ustaz tahu daging apa yang saya beli?",Ustaz menggeleng kepala tanda dia tidak tahu."Daging apa?" tanya ustaz kembali."Saya beli daging babi ustaz!,saya berdosa Ustaz"jawab pemuda itu.Ustaz tergaman tidak terkata.”Masya Allah”hanya itu saja yang mampu diungkapkan.

Lelaki 30 an meneruskan cerita.”Pernah satu hari  dalam bulan Ramadhan saya belikan daging ular yang siap dipotong untuk ibu saya menyediakan lauk berbuka puasa”ceritanya lagi.”Saya bagi tau ibu,saya belikan ekor lembu untuk ibu buat sup.Maghrib itu ibu berbuka dengan sup ular yang disangkakannya sup ekor”.”Ya Allah besarnya dosa saya ustaz”.

Dalam senda tangisnya itu pemuda itu memberitahu ustaz  itu lagi, ibunya selepas itu ditimpa sakit dan meninggal dunia.Selepas meninggal dunia pemuda itu telah insaf dan bertaubat.Tetapi setiap kali tiba nya waktu Maghrib terutamanya bulan Ramadhan,pemuda itu tidak dapat lupa kejahatannya memberi ibunya berbuka puasa dengan daging babi dan ular.Dia tak mampu menahan perasaan bersalahnya ketika itu yang menyebabkan dia akan menangis dan meracau setiap hari mengenangkan dosa dosanya  kepada si ibu yang sudah tiada di muka bumi ini.

Semua ahli jamaah yang mengikuti tazkirah malam itu begitu teruja sekali.Bayangkan adanya pada zaman moden ini anak yang sanggup memperlakukan ibunya sendiri  seperti dilakukan pemuda tadi.

Ustaz menghabiskan tazkirahnya malam itu dengan mengingatkan hadis nabi beahawa malaikat berdoa ,laknat Allah ke atas mereka yang yang mengabaikan kedua ibu bapanya ketika mereka telah tua.Dua orang ibu bapa boleh  pelihara sepuluh orang anak hinga remaja.Tetapi sepuluh orang anak belum tentu dapat jaga kedua orang tuanya ketika mereka sudah tua.


Semoga taubat lelaki itu diterima oleh Allah dan dijadikan pengajaran.

Renungan Buat Semua Sahabat

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali .....

1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan
"Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya 

Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya .... 

1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda: 

" Ada 4 di pandang sebagai ibu ", iaitu : 
1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR 

Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran.
Beberapa kata renungan dari Qur'an :

Orang Yang Tidak Melakukan Solat:
Subuh              : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zuhor               : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar                 : Dijauhkan dari kesehatan/kekuatan
Maghrib           : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isyak                : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya 


Wednesday, July 24, 2013

Kenapa Nabi Melarang Kita Minum Sambil Berdiri?



Ternyata secara perubatan, dlm tubuh kita terdapat penapis sfringer. Saringan tersebut dapat terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. Air yg kita minum belum 100% steril untuk di olah oleh badan. Bila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh sfringer kerana tertutup. Air yg tidak tersaring oleh sfringer terus masuk ke kantung kencing, boleh mnyebabkan penyakit kristal ginjal.

Subhanallah, tiap perintah dan larangan Rasul pasti bermanfaat bgi umatnya!
Terapi air putih : JANGAN LUPA BANYAKKAN MINUM AIIR MASAK..

1. Minum 2 gelas air setelah bangun tidur dpat membersihkan organ-organ internal.
2. Minum segelas air 30 minit sebelum makan dapat membantu fungsi seluruh pencernaan + ginjal
3. Minum segelas air sebelum mandi dapat menurunkan tekanan darah
4. Minum segelas air sebelum tidur dapat mencegah stroke + serangan jantung 


Mutiara Kata.... buat renungan semua....

Salam Ramadhan Buat semua... lama sungguh tidak mengupdate.... dikongsi serba sedikit kata2 muhasabah untuk diri dan pada semua sahabat ku.....


·         Seseorang yang berperibadi kuat umpama besi waja semakin dibakar oleh keadaan semakin dititik olrh cabaran hidup semakin teguh dan waja untuk menhadapi hidup. Seseorang yang berperibadi lemah laksana tanah apabila diketuk oleh cabaran hidup ia akan berkecai

·         Ajaran seorang ayah dan ibu seperti karangan bunga yang indah bagi kepalamu dan suatu kalungan bagi lehermu

·         Kemuncak segala dosa ialah bohong. Dua perkara yang sentiasa mengiringi bohong ialah banyak berjanji dan banyak memberi alasan

·         Kegagalan pertama, tidak ianya terus gagal: tetapi ianya kan membangkitkan cita cita yang bersemangat lagi teguh bagi sesiapa yang pernah mengalaminya

·         Cintaku kepada Tuhan kerana aku adalah ciptaan-Nya. Cintaku terhadap seseorang itu adalah kerana perasaan yang dicipta-Nya

·         Hindarilah diri dari menjadi manusia yang suka berpuak puak dan berpecah pecah. Contohilah resam semut bila bertemu seakan bersalam dan suka bekerja sama di antara satu sama lain.

·         Ibarat sekuntum mawar merah dipupuk embun pagi lalu disinari suria indah bak pelangi, begitulah jiwa murni seseorang manusia

·         Sekeras keras batu dapat dihancurkan oleh titis air yang lembut. Begitu jua sekeras keras hati dapat ditundukkan oleh jirusan kata-kata lembut







Monday, January 28, 2013

Lifeline & SdII

 
Obesiti mengundang pelbagai penyakit & meningkatkan risiko...

 
Kelebihan Alpha lipid SD II

 
Cara untuk mengira taap Obesiti seseorang

 
Dimanakah lemak yang tersembunyi...

 
Bagaimana SDII membakar lemak...

 
ALSDII.. diet tanpa berlapar..

 
Alpha Lipid Lifeline...
 
 
Kesan Alpha Lipid Lifeline...
 
Untuk Maklumat Lanjut Sila hubungi/ SMS saya 019-210 3093

 

Produk Kesihatan

 
 

Kepada sesapa yang ingin cantik menawan, sihat Alpha Lipit SD II & Lifeline mampu menyelesaikan masalah anda .. ternyata berkesan.. dalam seminggu anda akan merasa perubahannya..
Kepada sesiapa yang berminat untuk berniaga sila hubungi saya.. kerana saya mencari rakan niaga di seluruh daerah dan negeri...
Sila hubungi ditalian 019-210 3093

Thursday, September 20, 2012

ReNuNgaN BerSaMa....

Hanya diperlukan waktu semenit untuk menaksir seseorang, sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang. 

Kebahagiaan tersedia bagi mereka yang menangis, mereka yang disakiti hatinya, mereka yang mencari dan mereka yang mencoba. Karena hanya mereka itulah yang menghargai pentingnya orang-orang yang pernah hadir dalam hidup mereka. 

Cinta adalah jika kamu kehilangan rasa, gairah, romantika da masih tetap peduli padanya. Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu dan mendapati pada akhirnya bahwa tidak demikian adanya dan kamu harus melepaskannya. 

Cinta dimulai dengan sebuah senyuman, bertumbuh dengan sebuah ciuman dan berakhir dengan tetesan air mata. Cinta datang kepada mereka yang masih berharap sekalipun pernah dikecewakan, kepada mereka yang masih percaya sekalipun pernah dikhianati, kepada mereka yang masih mencintai sekalipun pernah disakiti hatinya. 

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu,tetapi yang lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan tidak pernah memiliki keberanian untuk mengutarakan cintamu kepadanya. 

Masa depan yang cerah selalu tergantung kepada masa lalu yang dilupakan, kamu tidak dapat hidup terus dengan baik jika kamu tidak melupakan kegagalan dan sakit hati di masa lalu. 

Jangan pernah mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencoba, jangan pernah menyerah jika kamu masih merasa sanggup jangan pernah mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Memberikan seluruh cintamu kepada seseorang bukanlah jaminan dia akan membalas cintamu! Jangan mengharapkan balasan cinta, tunggulah sampai cinta berkembang di hatinya, tetapi jika tidak, berbahagialah karena cinta tumbuh dihatimu. 

Ada hal-hal yang sangat ingin kamu dengar tetapi tidak akan pernah kamu dengar dari orang yang kamu harapkan untuk mengatakannya. Namun demikian janganlah menulikan telinga untuk mendengar dari orang yang mengatakannya dengan sepenuh hati.